http://www.emocutez.com

Sunday 11 December 2011

rindu dihati ini tanpa batas
menghantui hariku
sehingga aku ralit dalam buaian rindu
membawaku larut ke dalam garis titik kerinduan
yang tiada sempadan
sepatah kata rindu yang terucap dari suara hatiku
ku harap akan dibawa angin bayu ke dalam mimpi indahmu
sehingga berulang kali ku ucapkan rindu dihatiku
semakin aku terjaga mengingati dan memikirkanmu
rasa rindu ini bergetar didalam sanubariku
berdebar-debar didalam kesyahduan
semakin hari aku diterjah rindu
hingga titisan air mata rindu terusik dikalbu
rasa kerinduan ini berterbangan diseluruh urat nadiku
sehingga terasa denyutan-denyutan rindu berselirat
dan bercantum dengan darahku
sebuah kerinduan yang ada dihatiku
tidak dapat dilakarkan dengan syair-syair cinta
kerana kerinduan ini tidak dapat menghabisi rasa dijiwa dan kalbuku
mengertilah sayang
fahamilah kasih
didalam satu harapanku
aku berharap rindu akan menemukan kita
i miss you

2 comments: