http://www.emocutez.com

Monday, 19 December 2011

titipan HATI

malam ini, tiba-tiba hatiku bergetar..ada kerinduan yang tidak terungkap..ada bicara yang tidak mampu ku tuturkan dengan nafas yang ada..tak terucap bicara hati yang sedang bermain didalal diri..dan tak terlafaz kerisauan dan kebimbangan yang bergetar dilubuk hati yang terdalam..
disaat ini, ku harapkan sebuah ketenangan, kedamaian, kesejahteraan kesihatan buat dirinya yang ku cintai..ku harapkan segala yang cuba diusahakan akan mendapat keberkatan dan restu dariNYA..tiada apa yang ku mahukan YA ALLAH selain kejayaan di setiap projek yang sedang diusahakan..ku mohon padaMU kurangkanlah lelah dirinya..lepaskanlah keperitan disetiap projeknya dengan memberi lorong-lorong kemudahan agar ianya dipermudahkan dengan sebuah kejayaan..
bisikan doaku sentiasa terungkap dibibirku untuk dirinya..bisakah seorang insan yang mencintai pasangannya membiarkan insan yang dicintainya terhampar dilautan kepenatan??inginku katakan padanya,
sayang..sabarlah sayang..usahlah dirimu hanyut didalam lautan kepenatan..selagi ku ada bersamamu..ku akan menenangkan dirimu..sayang, kuatkan hatimu..tabahkan hatimu..cekalkan hatimu..dan azamkan dirimu apa yang dirimu sedang persiapkan akan menjadi kenyataan dan mendapat kejayaan..sayang..ku sentiasa mendoakan kejayaanmu dan kesejahteraan dirimu..
benar, hati ini semakin merinduinya..walaupun ianya jauh dimata, dihatiku ianya terlalu dekat..setiap malam, sebelum ku lena, ku tadah kedua tanganku agar esok yang menjelma penuh dengan kebaikan untuk dirinya.. sungguh ku tidak sanggup melihat keadaan dirinya yang kepenatan dan keletihan seperti ini..amanahnya, tanggungjawabnya, tugasannya benar-benar mengusik kekuatan tenaganya.. YA ILLAHI, permudahkanlah tugasan dan amanah yang diberikan kepadaNYA..ku mohon padaMU..berikanlah dirinya kekuatan..berikanlah kesejahteraan kesihatan padanya..bantulah dirinya melengkapkan segala amanah yang diberikan tanpa keluh kesah yang berpanjangan..
titipan hati ini sering terusik rindu..dalam kerisauanku tentang dirinya, sungguh aku teramat merinduinya..ku merindui segalanya tentang dirinya..ku terlalu rindu padanya..tentang segalanya dirinya..ingin ku bertemu dengannya..namun waktu sering membatasinya..dan hari ini aku terlalu rindu padanya.. ku teramat rindu padanya..sayang, i'm really miss you alot..

No comments:

Post a Comment